๐—”๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฒ๐˜‡๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—š๐—ผ๐—น๐—ฑ ๐—•๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ ๐—˜๐—บ๐—ฎ๐˜€?

Ada yang bertanya apa bezanya di antara โ€˜Gold Barโ€™ dan Dinar Emas. “Beza” tu perrrodua , yang satu lagi tu pro***. keh3. Ok serius2. Kalau nak buat Pelaburan atau Simpanan mana satu yang lebih baik?

Jika kita lihat dari sudut bentuk pada lazimnya โ€˜Gold Barโ€™ berbentuk segi empat โ€˜rectangleโ€™ sementara Dinar Emas pula berbentuk bulat seperti syiling emas.

1. Apakah Kelebihan Pada Dinar Emas?

Matawang Dinar Emas dan Dirham Perak telah digunakan sebagai sistem muamalat semasa kegemilangan pemeritahan Islam masa dahulu. Dinar dan Dirham juga diguna bagi membayar Zakat dan Mas Kahwin.

Untuk makluman jika anda mempunyai simpanan 20 Dinar Emas apabila cukup Haul dan Nisab, Zakat yang wajib dikeluarkan ialah 1/2 Dinar.

Ringkasnya Dinar Emas dan Dirham Perak adalah Mata Wang Sunnah zaman baginda saw & para sahabat sampai ke hari ini:

Digunakan untuk sistem muamalat, membayar zakat, jadikan sebagai Mas Kahwin (Mahar), cenderamata, hantaran dan hadiah istimewa dan sebagai simpanan untuk masa hadapan.

2. Apa pula Beza Antara Syiling Emas Dengan Dinar Emas?

Syiling emas mempunyai rupa yang sama dengan Dinar iaitu bulat tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar. Berat standard Dinar ialah 4.25 gram untuk 1 Dinar tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat diukur dari sudut oz atau gram.

Dari segi harga, syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar emas dan gold bar yang mempunyai berat yang sama kerana kos pembuatan lebih tinggi.

3. Apakah Kelebihan Pada Gold Bar?

Harga Gold Bar lebih murah berbanding Dinar Emas dan Syiling Emas kecuali Gold Bar 1 gram kerana kos pembuatannya yang tinggi.

Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan jangka panjang dan juga pelaburan. Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas dan ingin melabur dalam bentuk Gold Bar pula.

Dijadikan sebagai simpanan jangka panjang seperti untuk pendidikan anak-anak, perkahwinan, simpanan hari persaraan, simpanan untuk pergi haji, untuk masa kecemasan dan banyak lagi.

Jika anda ingin mulakan Pelaburan Emas fizikal sama ada Gold Bar, Dinar Emas atau Syiling Emas, pastikan anda semak lima kriteria penting sebelum membelinya:

Harga Rendah, Spread Rendah, Stok Tiada Had, Banyak Dealer Emas dan Cawangan untuk tujuan Jual-beli, Syarat Jual balik tidak Cerewet

Tinggalkan komen