ππππ¦ π¨π‘π§π¨π ππ‘ππ : πππ π ππ’π‘ππ¦π ππππππ ππ‘π πππ₯π π π¨πππ π¨π₯π¨π¦ππ‘ π£π₯π’π¦ππ¦ ππ¨ππ ππππ π¦π¨π₯ππ§ π£ππππ πππππ ππ‘ππ
Sesetengah penggadai menghadapi masalah untuk membayar balik hutang yang mereka perolehi daripada kedai pajak gadai. Bagi mengatasi masalah tersebut, pelanggan yang telah menggadai barang kemas mereka di mana mana kedai pajak gadai, akan berjumpa dengan pembeli surat pajak gadai.
Dengan lain perkataan, para pelanggan (penggadai) yang menjual surat pajak gadai lazimnya tidak mampu menebus balik barang gadaian mereka, terbeban dengan upah simpan dan pelbagai masalah kewangan yang lain.
Apabila pelanggan menawarkan untuk menjual surat pajak gadai, pembeli surat pajak gadai akan meneliti surat pajak gadai yang dikemukakan oleh pelanggannya bagi mendapatkan maklumat penting yang tertera pada surat berkenaan seperti berat emas, jumlah hutang dan kadar upah simpan setiap bulan.
Setelah persetujuan dicapai tentang nilai surat pajak berkenaan, pembeli surat pajak gadai akan menyerahkan wang lebihan kepada pelanggannya. Kebiasaannya, pembeli surat pajak gadai bersama-sama dengan pelanggannya akan ke kedai pajak gadai yang berkaitan sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pajak gadai tersebut. Proses penebusan dibuat sama ada oleh pihak pembeli surat pajak gadai sendiri atau pihak penggadai bergantung kepada syarat yang telah ditetapkan oleh institusi yang menawarkan kemudahan skim pajak gadai.
Setelah pembayaran hutang/penebusan dibuat, barang gadaian akan diserahkan kepada pembeli surat pajak gadai anda. Baki selebihnya akan diserahkan kepada penjual surat pajak gadai setelah pembeli surat pajak gadai anda menerima barang kemas yang telah ditebus oleh penjual surat pajak gadai tersebut.
π πΌπππΌπ π½ππΌπππΌπ ππΌπΏπΌππΌπ πΌππΏπΌ πΏπππππππ & π πΌπππΌπ ππΌππππππ πππππππΌπ!
Cepat Dapatkan Lebihan Duit Dengan Jual Surat Pajak Gadai Anda dengan 100% JAMINAN HARGA PALING TINGGI DI PASARAN di KEDAI EMAS FAIZ!