Kunyit Ditukar Dengan Emas Di Pasaran Gelap Sri Lanka

Penggunaan kunyit semakin meningkat sejak wabak pandemik COVID-19 melanda termasuklah dalam kalangan pengamal kesihatan, menyebabkan permintaan melambung tinggi dan membuka peluang kepada penyeludup untuk menyeludup kunyit sebagai produk penjualan baharu yang menguntungkan ketika bekalan banyak terputus di Sri Lanka.

Menurut sumber, Sri Lanka menggunakan sekitar 7,500 tan kunyit pada tahun 2019, tetapi negara itu mengusahakan sekitar 2,000 tan, yang mana sebahagian besar bergantung pada import.

Disember lalu, kira-kira sebulan sebelum Sri Lanka mendapat kes pertama COVID-19, kerajaan baharu Presiden Gotabaya Rajapaksha melarang pengimportan pelbagai jenis rempah termasuk kayu manis, halia, buah pala dan kunyit sebagai usaha untuk meningkatkan hasil dalam negera.

Jika dahulu harganya 350 Rupiah Sri Lanka (RM 7.74) sekilogram sebelum wabak, harga kunyit kini naik kepada RM110 sekilogram, menyumbang kenaikan 13 kali ganda. Bagaimanapun, ada yang sanggup menukar 100 kilogram kunyit dengan 1 kilogram emas.

Sebelum ini, komoditi berharga tinggi seperti emas, ganja dan timun laut telah diseludup tetapi ini adalah kes yang pertama untuk barang biasa seperti kunyit.

Tinggalkan komen