Tahukah anda kapal angkasa US Colombia dikatakan mengandungi hampir 41kg emas?

Selalunya emas dikaitakan dengan kewangan, kali ini kita akan mengupas kegunaan emas dalam kehidupan seharian kita…

Pergigian

Digunakan untuk menampal gigi kita pada suatu ketika dahulu ketika harga tidak terlalu mahal. Amalan menampal gigi dengan emas dipraktikkan dari tahun 700 Masihi ( rujukan : Artzney Buchlein, 1530 )

Elektronik

Emas juga merupakan bahan konduktor elektrik yang baik. Pengunaan emas juga meluas dalam sektor elektronik terutamanya dalam pembuatan IC ( integrated circuit ). Digunakan sebagai wirebond iaitu penyambung output wafer kepada pin. Wirebond ini disimpan dengan rapi di kilang & pemeriksaan sekuriti dijalnkan dengan ketat di pintu keluar masuk pekerja.

Perubatan

Peralatan perubatan moden juga terdapat perkakasan elektronik yang memerlukan emas. Terdapat rawatan berbentuk suntikan sodium aurothiomalate atau aurothioglucose bagi pesakit rheumatoid arthritis. (Garam Emas, rujukan : Jennifer Minigh, in x Pharm : The Comprehensive Pharmacology Reference 2007 )

AeroAngkasa

Tahukah anda kapal angkasa US Colombia dikatakan mengandungi hampir 41kg emas? Kegunaan emas dalam kehidupan angkasa adalah untuk memancarkan radiasi infra merah. Jadi kesemua lapisan luar struktur kapal angkasa US Colombia diselaputi polimer campuran emas. Selain itu, kegunaannya juga membantu mengawal suhu badan kapal angkasa.

Tinggalkan komen